Monday 29 May 2017

TIPS SUSU BADAN MERIAH DI BULAN PUASA

Salam ramadhan ke -4 sahabat maya sekalian..

Sekejap jer dah masuk hari ke-4 puasa. Setakat ni alhamdulillah saya masih berpuasa penuh dan dalam masa sama say masih menyusu badan anak saya yang kini telah pun berumur 11 bulan.

Ada kawan2 yang kerap bertanya saya macam mana nak maintain susu badan meriah walaupun di bulan puasa.. macam yang kita sedia maklum bulan puasa merupakan antara cabaran bagi ibu2 mengandung dan ibu2 menyusu.

Hasil dari sesi mengepam di bulan puasa 30.5.2017 pukul 8.45 dapat 12oz

Alhamdulillah setakat hari ini susu badan saya masih meriah setiap kali sesi pump walaupun di bulan puasa. Buat ibu2 menyusu semua kat sini saya cuba kongsikan antara tips yang saya amalkan:-

Jaga Jadual mengepam susu

Jadual pam susu sangat2 penting untuk kita jaga.. seboleh2nya jangan skip jadual susu. Ini kerana sistem badan akan menghantar isyarat ransangan ke otak untuk bekerja menghasilkan susu. Jadual pam yang konsisten akan mengekalkan pengeluaran susu.

Kekalkan minda positif

Mind set positif sangant penting untuk membantu badan ibu menghasilkan susu.. ini kerana positif mind set menjadikan badan ibu relax dan enjoy dalam penghasilan susu

Pandang gambar baby

Bagi saya.. setiap kali sesi mengepam.. saya akan melihat gambar2 dan video2 bayi saya.. ini kerana wajah dan aksi comel bayi saya menjadikan jiwa saya bahagia dan relax serta secara tidak langsung saya akan termotivasi dan bersungguh2 untuk memberikan susu terbaik buat bayi saya dalam sesi pengepam. Ransangan juga akan di hantar ke otak untuk menghasilkan susu demi untuk tumbesaran bayi saya.

Doa dan zikir

Ini juga antara terapi yang saya amalkan. Sebelum sesi mengelam saya akan berdoa dahulu 'Ya Allah berilah rezeki susu yang berkat buat bayi ku'. Manakala ketika sesi mengepam berjalan saya akan berzikir di dalam hati antaranya 'Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar', Ya Allah, Ya Wahab, Ya Razak dan sebagainya. Percayalah doa ibu untuk berikan yang terbaik buat bayinya InshaAllah akan di makbulkan. Yanga penting jangan putus asa k.

Sumber makanan milkbooster

Makanan yang di makan juga memainkan peranan penting. Pilihan sumber makanan yang kaya dengan sifat milkbooster sangat menjimatkan kos dan masa ibu malah mempu menghasilkan kualiti susu yang baik buat bayi..antara makanan milkbooster yang saya amalkan ketika bulan puasa ini adalah:-

- bersahur dengan satu senduk nasi dan sedikit lauk, overnite oat yang di campurkan kurma, susu kurma & 2 biji alfafa shaklee. Air kosong jangan lupa minum. Biasanya saya akan minum 1 gelas air kosong sebelum bersahur dan 2-3 gelas air selepas sahur

- berbuka dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong dahulu serta 2 biji alfafa shaklee. Saya akan makan kuih2 terlebih dahulu sebelum makanan berat. Susukan bayi selepas itu dan solat magrib. Selepas itu baru saya akan menjamah makanan berat.

-sebelum tidur jika saya tidak sempat makan makanan berat saya akan makan oat kerana oat sangat terkenal dengan sifat mudah kenyang dan milkboster. Alfafa 2 biji, ostematrix 4 biji, oemga guard 1 biji dan vitamin c 1 biji sebelum tidur 😊😊



Kosongkan payudara

Saya akan pastikan payudara saya akan betul2 kosong setiap kali selesai sesi mengepam. Kerana signal akan di hantar ke otak untuk badan bekerja keras menghasilkan susu setiap kali payudara kita di kosongkan. Ini sangat2 penting.

Ini antara tips yang saya amalkan untuk mengekalkan penghasilan susu bukan sahaja meriah tetapi berkualiti buat bayi saya.

Jom ibu2 amalkan tips ini bagi memberikan susu yang terbaik buat bayi kita. Bagi saya setiap titisan susu badan saya ibarat titisan emas buat bayi saya😊😊😊



Almawaadan
SID no : 1085094
fb: alma waadan
Wassap : 019 3861980






No comments:

Post a Comment