Tuesday 12 December 2017

PUNCA-PUNCA NIPPLE CRACK

salam semua..

Entry sebelum ini saya berkongsi pengalaman saya bagaimana saya dapat merawat nipple crack dengan cepat..


Entry kali ini pula saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu menyusu apakah antara punca yang menyebabkan terjadinya nipple crack.

Nipple crack atau dalam bahasa melayu dipanggil puting merekah kerap terjadi di kalangan ibu menyusu badan. Sakitnya tidak tergambar seperti terasa dihiris dengan pisau setiap kali bayi menyusu dan ada juga sehingga berdarah.. itu yang saya alami sebelum ini.

Perihatin dengan masalah nipple crack di kalangan ibu menyusu. Oleh itu saya ingin berkongsi punca terjadinya perkara ini agar ibu-ibu menyusu dapat mengambil langkah berjaga bagi mengelak perkara ini terjadi semula

1. Cara lekapan tidak sempurna

Bayi sepatutnya breastfeeding dengan cara melekap di sekitar areola dan bukannya nipple. Hisapan bayi melalui nipple akan mengundang kepada nipple crack. Manakala hisapan melalui areola juga akan menjadikan bonding ibu dan bayi semakin bahagia dan menghasilkan pengaliran susu yang sangat lancar berbanding bayi menghisap melalui nipple. Gambar dibawah adalah cara lekapan dan hisapan yang betul sebagai panduan ibu-ibu.

Berdasarkan pengalaman saya memang cara hisapan di nipple antara menyebakan saya mengalami nipple crack.


2. Bayi tumbuh gigi

Hampir semua ibu-ibu menyusu akan mula rasa ngeri bila melihat bayi mereka mula tumbuh gigi.. bayi yang tumbuh gigi biasanya akan mengalami gatal gusi dan ya...mereka juga kadang kala akan mengigit sewaktu sesi menyusu badan. Boleh meraung ibu-ibu bila terkena gigitan bayi. 

Pengalaman saya pula..bayi saya tumbuh gigi dengan banyak dalam satu masa dan dia juga kerap mengigit ketika sesi menyusu badan...kesannya nipple saya mengalami luka yang teruk dan berdarah


3. Kulit kering

Kulit kering juga antara faktor penyumbang. Ianya terjadi berkemungkinan kulit ibu-ibu tidak sesuai dengan losyen atau sabun yang di ambil. Saya galakkan ibu-ibu mengambil supplement yang dapat membantu melembabkan kulit ibu. Saya akui usia saya yang semakin berumur juga menyebabkan kulit saya agak kering.

Nasihat saya, banyakkan minum air kosong dan makanlah supplement yang dapat menyeimbangkan kelembapan kulit. Saya amalkan ESP shaklee dan vita c shaklee untuk mengatasi masalah ini

 

4. Breast pump

Tahukah ibu-ibu memilih breast pump yang sesuai amat penting untuk menjaga kesihatan breast ibu-ibu. Antara punca nipple crack adalah breast pump yang di gunakan mungkin tidak melekap dengan sempurna.

Mengepam terlalu lama juga boleh melukakan nipple ibu-ibu. Saya pernah mengepam melebihi 30 minit dengan kelajuan yang tinggi dan kesannya nipple saya crack. Ikutlah panduan sesi mengepam yang sesuai untuk mengelakkan masalah ini terjadi


5. Thrush

Thrush atau jangkitan fungus boleh di alami oleh ibu sendiri secara semulajadi datang dari organisme dalam tubuh badan. Ia juga boleh di sebarkan jangkitan melalui bayi anda.


6. Bra

Memakai bra yang tidak sesuai menjadikan breast ibu-ibu tidak mendapat pengaliran udara yang sebaiknya. Bra yang terlalu ketat dan kecil juga menyebakan breast mudah berpeluh dan secara tidak langsung ia akan mengundang kepada masalah kuman.

Jagalah kebersihan diri dengan menggunakan bra yang sesuai dengan badan ibu-ibu. Adalah di galakkan ibu-ibu menggunakan nursing bra kerana ia turut memudahkan sesi mengepam dan sesi menyusu bayi anda.

7. Lidah terikat atau tongue-tied

Bayi yang mempunyai masalah lidah terikat ini agak sukar untuk menyusu dengan sempurna dan melekap di sekitar areola. Lidah mereka yang pendek juga menyebabkan mereka akan menyusu melalui nipple.

Air susu juga akan mengalir keluar dari mulut bayi ketika menyusu. Ibu-ibu disarankan untuk berjumpa pakar laktasi bagi membantu bayi mereka menyusu dengan sempurna.


Saya akui nipple crack ini sangat menyakitkan dan menjadi trauma di kalangan ibu menyusu. Ada juga yang give-up untuk meneruskan penyusuan badan kepada bayi mereka kesan dari nipple crack ini.

Setiap kali ingin menyusukan bayi, saya akan berbual-bual dengan bayi meminta bayi saya menyusu dengan betul dan sokongan dari suami juga sangat penting sebagai motivasi ibu-ibu untuk meneruskan proses penyusuan badan. Dakaplah isteri anda dikala mereka sakit ketika menyusukan bayi anda.. inshaAllah sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan sakit tersebut.

Journey menyusu saya juga masih jauh.. ketika ini bayi saya baru berumur 1 tahun 5 bulan dan saya juga ingin menyusukan bayi saya sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.

Harapan saya agar perkongsian saya ini dapat membantu ibu-ibu menyusu dan bakal ibu-ibu untuk memberikan susu badan buat bayi anda inshaAllah

Alma
Fb: Alma Waadan


Monday 4 December 2017

Merawat nipple crack

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam merawat masalah nipple crack... pastinya ibu2 menyusu tahu bagai mana sakitnya nipple crack ni.. bila bayi menyusu dalam keadaan ibu mengalami nipple crack pastinya tangisan dan jeritan ibu turut seiring bersama.. rasanya seperti hirisan pisau..

Itu yang saya alami.. lagi2 bayi saya mengalani pertumbuhan gigi yang sangat cepat dan banyak dalam satu masa.. rasa trauma setiap kali bayi ingin menyusu dan saya akan minta hubby sentiasa berada di samping saya untuk beri sokongan setiap kali bayi saya ingin menyusu..

Bayi saya pula jenis menolak menggunakan botol.. bermacam2 cara sudah kami gunakan...bayi saya tetap menolak botol.. end up sayร  mengalami nipple crack yang sangat teruk di kedua2 belah breast sehingga berdarah.. pedihnya tak tergambar.. menangis dan menjerit menjadi teman saya setiap kali bayi menyusu.. selawat dan tasbih setiap kali bayi menyusu sebagai motivasi saya sebab bayi saya perlukan susu dan saya perlu teruskan untuk.menyusukan bayi saya.

Hubby belikan saya medela lanolin 100 seperti di gambar.. tapi tetap tidak membantu saya..

Hasil dari google saya temui medela tender care lanolin.. saya beli dari ajasu  fb dia MyBreastpumpShop.. alhamdulillah dalam tempoh 2 hari luka tersebut bercantum kembali.. sgt menakjubkan..

 untuk kesan yang lebih selamat saya juga menggunakan medela threshells yang bertujuan untuk protect sore nipples selepas di sapukan cream medela tender care..


Salah satu asbab luka saya cepat sembuh juga adalah dengan pengambilan viramin c dan e yang konsistent.. saya amalkan vita c shaklee yang membantu meningkatkan sistem imun badan serta vita e shaklee bagi membantu penyembuhan luka dengan cepat..



Dengan penggunaan cream, vitamin dan threshells ini secara konsisten.. alhamdulillah saya dapat semula menyusukan bayi saya dengan baik..

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu2 di luar sana yang mengalami masalah seperti saya.. journey penyusuan memang menakjubkan dan membahagiakan tetapi terdapat juga perkara2 yang menguji kita.. harapnya hasil perkongsian ini akan menanbhkan lagi semangat ibu di luar sana untuk terus menyusukan bayi anda..

Untuk cream dan therashells boleh dapatkan dari aja dan untuk vita c dan vita e boleh juga dapatkan dari saya.

Fb: almawaadan




Wednesday 12 July 2017

HASILKAN LEMAK SUSU TEBAL

Saya perlu mengambil supplement shaklee bagi memastikan badan saya sentiasa bersedia untuk menghasilkan susu yang berkualiti buat bayi saya



Salah satu faktor menyumbang penghasilan susu badan yang baik adalah badan ibu itu sendiri perlu sentiasa dalam keadaan cergas dan bertenaga.


Jadual harian saya yang padat di samping perjalanan ulang alik ke tempat kerja yang jauh sekitar 1 1/2 jam ke 2 jam setiap hari (kuala selangor -kuala lumpur) menyebakan saya kehilangan banyak tenaga.

Oleh itu.. supplement shaklee sangat membantu saya memberikan kecergasan dan tenaga yang baik buat badan saya dan secara tidak langsung ia juga menghasilkan lemak susu yang tebal, pekat dan kenyang buat bayi saya.

Alhamdulillah walaupun perjalanan ulang alik kerja yang jauh, saya masih lagi dapat menyusukan penuh bayi saya yang kini berusia 1 tahun.

Setiap sesi pump saya akan dapat sekurang2nya 10oz dan pernah mencecah kepada 14.5oz di bulan puasa..




Jadi ibu2 di luar sana.. bagi saya pengambilan vitamin2 ini sebenarnya lebih tertumpu kepada kesihatan ibu kerana susu badan itu bermula dari badan ibu itu sendiri.

Gambar terkini yang semakin langsing dan kekal cergas


Jika berminat boleh wassap saya di 019 386 1980 atau fb saya : alma waadan. Saya sedia memberikan panduan berdasarkan pengalaman saya inshaAllah๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Love breastfeeding
Alma

Sunday 18 June 2017

SUSU BADAN MERIAH WALAUPUN PUASA

Rezeki bayi saya.

Benarlah rezeki Allah datang dalam pelbagai cara.. walaupun berpuasa dan sebelum gerak pergi kerja saya telah menyusukan anak saya..

Saya pump baki susu dan hasilnya sangat memeranjatkan saya.. hanya dalam 1 sesi pada pukul 9am selama 30 minit saya pump.. saya dapat mengumpul susu badan sebanyak 14.5oz..



Tak terungkap dengan perkataan Syukurnya.. saya x pernah dapat hasil begini walaupun bukan dalam bulan puasa..

Apa yang saya perasan sejak saya mengamalkan makanan dan aktiviti berikut susu badan saya semakin meriah dan pekat:-
1.alfafa shaklee 2 biji
2.susu kurma di campur esp shaklee
3. Overnight oat
4.zikir
5.solat dhuha sblm mengepam

Buat ibu2 di luar sana jangan putus asa untuk berikan susu ibu buat bayi anda. Saya sudi berkongsi dengan ibu2 di luar sana dengan pengalaman saya yang sedikit ini bagi membantu ibu2 agar dapat meneruskan pemberian susu badan buat bayi anda.

Buat ibu2 yang tidak dapat memberikan susu badan pada bayi anda.. jangan rasa sedih kerana kasih sayang anda buat bayi anda lebih bernilai dari segalanya๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Jika segan.. ibu2 boleh wassap saya di talian 019- 3861980 untuk berkongsi cerita.. InshaAllah niat baik pasti Allah bantu ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Ikhlas
Alma
019 386 1980

fb :alma waadan

Monday 29 May 2017

TIPS SUSU BADAN MERIAH DI BULAN PUASA

Salam ramadhan ke -4 sahabat maya sekalian..

Sekejap jer dah masuk hari ke-4 puasa. Setakat ni alhamdulillah saya masih berpuasa penuh dan dalam masa sama say masih menyusu badan anak saya yang kini telah pun berumur 11 bulan.

Ada kawan2 yang kerap bertanya saya macam mana nak maintain susu badan meriah walaupun di bulan puasa.. macam yang kita sedia maklum bulan puasa merupakan antara cabaran bagi ibu2 mengandung dan ibu2 menyusu.

Hasil dari sesi mengepam di bulan puasa 30.5.2017 pukul 8.45 dapat 12oz

Alhamdulillah setakat hari ini susu badan saya masih meriah setiap kali sesi pump walaupun di bulan puasa. Buat ibu2 menyusu semua kat sini saya cuba kongsikan antara tips yang saya amalkan:-

Jaga Jadual mengepam susu

Jadual pam susu sangat2 penting untuk kita jaga.. seboleh2nya jangan skip jadual susu. Ini kerana sistem badan akan menghantar isyarat ransangan ke otak untuk bekerja menghasilkan susu. Jadual pam yang konsisten akan mengekalkan pengeluaran susu.

Kekalkan minda positif

Mind set positif sangant penting untuk membantu badan ibu menghasilkan susu.. ini kerana positif mind set menjadikan badan ibu relax dan enjoy dalam penghasilan susu

Pandang gambar baby

Bagi saya.. setiap kali sesi mengepam.. saya akan melihat gambar2 dan video2 bayi saya.. ini kerana wajah dan aksi comel bayi saya menjadikan jiwa saya bahagia dan relax serta secara tidak langsung saya akan termotivasi dan bersungguh2 untuk memberikan susu terbaik buat bayi saya dalam sesi pengepam. Ransangan juga akan di hantar ke otak untuk menghasilkan susu demi untuk tumbesaran bayi saya.

Doa dan zikir

Ini juga antara terapi yang saya amalkan. Sebelum sesi mengelam saya akan berdoa dahulu 'Ya Allah berilah rezeki susu yang berkat buat bayi ku'. Manakala ketika sesi mengepam berjalan saya akan berzikir di dalam hati antaranya 'Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar', Ya Allah, Ya Wahab, Ya Razak dan sebagainya. Percayalah doa ibu untuk berikan yang terbaik buat bayinya InshaAllah akan di makbulkan. Yanga penting jangan putus asa k.

Sumber makanan milkbooster

Makanan yang di makan juga memainkan peranan penting. Pilihan sumber makanan yang kaya dengan sifat milkbooster sangat menjimatkan kos dan masa ibu malah mempu menghasilkan kualiti susu yang baik buat bayi..antara makanan milkbooster yang saya amalkan ketika bulan puasa ini adalah:-

- bersahur dengan satu senduk nasi dan sedikit lauk, overnite oat yang di campurkan kurma, susu kurma & 2 biji alfafa shaklee. Air kosong jangan lupa minum. Biasanya saya akan minum 1 gelas air kosong sebelum bersahur dan 2-3 gelas air selepas sahur

- berbuka dengan 3 biji kurma dan segelas air kosong dahulu serta 2 biji alfafa shaklee. Saya akan makan kuih2 terlebih dahulu sebelum makanan berat. Susukan bayi selepas itu dan solat magrib. Selepas itu baru saya akan menjamah makanan berat.

-sebelum tidur jika saya tidak sempat makan makanan berat saya akan makan oat kerana oat sangat terkenal dengan sifat mudah kenyang dan milkboster. Alfafa 2 biji, ostematrix 4 biji, oemga guard 1 biji dan vitamin c 1 biji sebelum tidur ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š



Kosongkan payudara

Saya akan pastikan payudara saya akan betul2 kosong setiap kali selesai sesi mengepam. Kerana signal akan di hantar ke otak untuk badan bekerja keras menghasilkan susu setiap kali payudara kita di kosongkan. Ini sangat2 penting.

Ini antara tips yang saya amalkan untuk mengekalkan penghasilan susu bukan sahaja meriah tetapi berkualiti buat bayi saya.

Jom ibu2 amalkan tips ini bagi memberikan susu yang terbaik buat bayi kita. Bagi saya setiap titisan susu badan saya ibarat titisan emas buat bayi saya๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š



Almawaadan
SID no : 1085094
fb: alma waadan
Wassap : 019 3861980






Sunday 28 May 2017

PUASA ENJOY DENGAN OVERNIGHT OATS ESP & KURMA

PUASA ENJOY DENGAN OVERNIGHT OATS ESP & KURMA

sejak2 puasa ni menu bersahur dengan overnight oat ni jadi trending.. saya akui sejak bersahur dengan overnight oats ni badan rasa bertenanga.. susu badan pula sentiasa MERIAH.. alhamdulillah..



Rasa overnight oats ni sgt2 sedap.. yummy2.. sory buat terliur di tengah hari ni.

Ada yang tanya saya resepinya.. ok meh saya kongsikan resepinya.. jadi malam ni kita dah boleh buat overnight oats untuk sahur besok pagi yer

Menu

1. Bekas kaca berpenutup
2. Rolled oats
3.plain yugourt
4. Fresh milk
5.ESP shaklee
6. Chia seed
7. Kurma/kismis/buah2an

Caranya

1. Masukkan rolled oats kedalam bekas kaca sehingga 1/2. Terpulang ada yg suka rolled oat ada yg suka instant oat.. bagi saya semua ok sbb saya dah penah rasa kedua2 jenis ni..
2. Masukkan plain yugourt 1 @ 2sudu ikut rasa masing2 ada yg suka rs masam lebih ada yg x suka.. mcm saya just letak 1 sudu sje.. if x de plain yugourt blh letak yugourt berperisa..
3. Chia seed suku sudu sj
4. Fresh milik di tuang kedalam bekas kaca sehingga tenggelam oat dan isi yg lain
5. ESP 1 sudu
6. Letak kurma/kismis/kekacang/buah2an

Dah sudah gaulkan sebati dan tutup botol kaca simpan dalam peti sejuk semalaman..disarankan buah2 masan atau kekacang sebaiknya di letak sewaktu ingin makan overnight oat.. tidak di campur sekali dan di simpan semalaman bagi mengelakkan rasa masam bergantung kepads jenis buah yg di guna.. macam saya just letak kurma yg di siat2 sbb sedap SANGAT rasnya.

TARA.. dah siap.. esok pagi buka botol dan mulakan niat bersahur dan bersahur dgn overnight oat.. sihat dan selamat..

Ini juga salah satu cara saya untuk turunkan berat badan dengan sihat..

#kesihatanhartapalingberharga
#sayajualsayaguna

Sunday 21 May 2017

SET MENYUSU SHAKLEE

SHAKLEE MEYOKONG PENUH PENYUSUAN IBU

Susu ibu ini ibarat TITISAN MUTIARA DAN EMAS anugerah terbaik buat anak2 kita.. ianya mengandungi khasiat yang sangat baik dalam membantu melindungi imun dan perkembangan otak bayi kita.

saya juga merupakan ibu menyusu dan saya akui set menyusu shaklee ini sangat2 membantu saya dan bayi saya dalam journey penyusuan ini.

so ibu2 yang risau susu drop dan badan letih.. Set menyusu shaklee merupakan penyelesaian penuh masalah anda. mari saya terangkan satu persatu khasiat yang terkandung dalam setiap vitamin.

set penyusuan lengkap shaklee

Fullset ini merangkumi semua vitamin yang diperlukan oleh badan kita sepanjang tempoh penyusuan dan membantu seimbangkan sumber nutrient penting bagi menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak bertuah kita.. Penting sungguh kan sumber nurient ini.

vita c pluss

1-VITA-C : membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menghadapi puting luka, Insyaallah akan mudah sembuh dan vitamin C juga membuatkan kulit makin bersih, cerah dan berseri. Say no to kulit kusam!
saya sarankan makan vitamin c sehari 2 biji dan keep BF anak supaya zat vitamin c dapat masuk melalui air susu ibu kepada anak… vita c melindungi imun ibu dan baby.



2-VITA-LEA : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Bagi ibu menyusu, vita-lea telah dilengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak lebih baik.

Doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. lagi2 ibu bekerjaya ni kadang2 bukan taknak makan makanan seimbang, macam zat besi biasanya ada dalam sayuran hijau, makanan laut.

Tapi sesetengah ibu bf ni…SIBUK sangat, makan pun tak sempat…takpun makan sayur…tapi sayur tu overcooked. Ada yang mkn mknn laut plak jd gatal2…..jadi kat sini la kita cuba support keperluan badan kita dengan vitamin shaklee….macam makan vitalea ni, khasiatnya macam makan 30kg bayam.


3) B-COMPLEX : Anti-stress. Membantu mengatasi kelesuan, mengimbangi hormon, menukarkan makanan kepada tenaga dan asid folik penting dalam penyusuan ibu. salah satu elemen penting dalam kejayaan menyusukan anak adalah Emosi.

Emosi ibu kene tenang masa BF baru susu meriah…sebab emosi yang tenang ini akan merangsang perembesan hormone oksitosin yang berperanan dalam membantu pengeluaran susu ibu kuar dari duktus susu. Dan isu lain adalah bantu elak ibu gila meroyan.



4) OSTEMATRIX

Tahu tak satu biji ostematrik bersamaan segelas susu dan 80 biji badam.?

dengan mengamalkan ostematrik ini tiada lagi masalah sembelit, kekejangan otot,simpul biawak  (ni paling seksa...) dan segala macam yang berkaitan dengan otot kerana ostematrik ini membekalkan bukan hanya kalsium juga vitamin D yang amat diperlukan oleh tubuh kita bagi membina tulang temulang.

lagi satu, khasiat ostematrix ni sebab peranannya untuk cover ibu yang tak minum susu. selain daripada membanyakkan susu ibu, adalah untuk elakkan gigi kita ibu2 ini menjadi RONGAK…taknakla kan…anak fully BF, baby badan montel2…bila orang tegur, ibu senyum…gigi pun takde….

bila badan segar, tiada masalah kemurungan ia amat membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali sebab itu oste ialah antara vitamin yang dimasukkan ke dalam set ini.


5) ALFALFA : Membantu memperbanyakkan susu ibu dan telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai penambah susu terutama di negara barat.

Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh.

Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.

6) ESP

Antara khasiat penting ESP untuk ibu menyusu:
~menjadikan susu lebih pekat dan banyak
~anak mudah kenyang,
~badan dan berat anak lebih "berisi" dan cukup zat
~si ibu rasa bertenaga, kenyang dan cergas

Kalau ikut bacaan, ibu menyusu ni memerlukan makanan yang banyak carbs, high protein….dan ESP ni bagusnya sebab kandungannya…

bercakap dalam dunia realiti sekrang...kita tak sempat makan...makan tidak berkhasiat...makan overcook...makan fast food...bizi sangat2.. shaklee merupakan penyelesaian moden kpd masalah moden ibu menyusu.

Hargailah TITISAN EMAS anugerah Allah buat anak kita.

salam sayang
Alma
fb:alma waadan