Tuesday 12 December 2017

PUNCA-PUNCA NIPPLE CRACK

salam semua..

Entry sebelum ini saya berkongsi pengalaman saya bagaimana saya dapat merawat nipple crack dengan cepat..


Entry kali ini pula saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu menyusu apakah antara punca yang menyebabkan terjadinya nipple crack.

Nipple crack atau dalam bahasa melayu dipanggil puting merekah kerap terjadi di kalangan ibu menyusu badan. Sakitnya tidak tergambar seperti terasa dihiris dengan pisau setiap kali bayi menyusu dan ada juga sehingga berdarah.. itu yang saya alami sebelum ini.

Perihatin dengan masalah nipple crack di kalangan ibu menyusu. Oleh itu saya ingin berkongsi punca terjadinya perkara ini agar ibu-ibu menyusu dapat mengambil langkah berjaga bagi mengelak perkara ini terjadi semula

1. Cara lekapan tidak sempurna

Bayi sepatutnya breastfeeding dengan cara melekap di sekitar areola dan bukannya nipple. Hisapan bayi melalui nipple akan mengundang kepada nipple crack. Manakala hisapan melalui areola juga akan menjadikan bonding ibu dan bayi semakin bahagia dan menghasilkan pengaliran susu yang sangat lancar berbanding bayi menghisap melalui nipple. Gambar dibawah adalah cara lekapan dan hisapan yang betul sebagai panduan ibu-ibu.

Berdasarkan pengalaman saya memang cara hisapan di nipple antara menyebakan saya mengalami nipple crack.


2. Bayi tumbuh gigi

Hampir semua ibu-ibu menyusu akan mula rasa ngeri bila melihat bayi mereka mula tumbuh gigi.. bayi yang tumbuh gigi biasanya akan mengalami gatal gusi dan ya...mereka juga kadang kala akan mengigit sewaktu sesi menyusu badan. Boleh meraung ibu-ibu bila terkena gigitan bayi. 

Pengalaman saya pula..bayi saya tumbuh gigi dengan banyak dalam satu masa dan dia juga kerap mengigit ketika sesi menyusu badan...kesannya nipple saya mengalami luka yang teruk dan berdarah


3. Kulit kering

Kulit kering juga antara faktor penyumbang. Ianya terjadi berkemungkinan kulit ibu-ibu tidak sesuai dengan losyen atau sabun yang di ambil. Saya galakkan ibu-ibu mengambil supplement yang dapat membantu melembabkan kulit ibu. Saya akui usia saya yang semakin berumur juga menyebabkan kulit saya agak kering.

Nasihat saya, banyakkan minum air kosong dan makanlah supplement yang dapat menyeimbangkan kelembapan kulit. Saya amalkan ESP shaklee dan vita c shaklee untuk mengatasi masalah ini

 

4. Breast pump

Tahukah ibu-ibu memilih breast pump yang sesuai amat penting untuk menjaga kesihatan breast ibu-ibu. Antara punca nipple crack adalah breast pump yang di gunakan mungkin tidak melekap dengan sempurna.

Mengepam terlalu lama juga boleh melukakan nipple ibu-ibu. Saya pernah mengepam melebihi 30 minit dengan kelajuan yang tinggi dan kesannya nipple saya crack. Ikutlah panduan sesi mengepam yang sesuai untuk mengelakkan masalah ini terjadi


5. Thrush

Thrush atau jangkitan fungus boleh di alami oleh ibu sendiri secara semulajadi datang dari organisme dalam tubuh badan. Ia juga boleh di sebarkan jangkitan melalui bayi anda.


6. Bra

Memakai bra yang tidak sesuai menjadikan breast ibu-ibu tidak mendapat pengaliran udara yang sebaiknya. Bra yang terlalu ketat dan kecil juga menyebakan breast mudah berpeluh dan secara tidak langsung ia akan mengundang kepada masalah kuman.

Jagalah kebersihan diri dengan menggunakan bra yang sesuai dengan badan ibu-ibu. Adalah di galakkan ibu-ibu menggunakan nursing bra kerana ia turut memudahkan sesi mengepam dan sesi menyusu bayi anda.

7. Lidah terikat atau tongue-tied

Bayi yang mempunyai masalah lidah terikat ini agak sukar untuk menyusu dengan sempurna dan melekap di sekitar areola. Lidah mereka yang pendek juga menyebabkan mereka akan menyusu melalui nipple.

Air susu juga akan mengalir keluar dari mulut bayi ketika menyusu. Ibu-ibu disarankan untuk berjumpa pakar laktasi bagi membantu bayi mereka menyusu dengan sempurna.


Saya akui nipple crack ini sangat menyakitkan dan menjadi trauma di kalangan ibu menyusu. Ada juga yang give-up untuk meneruskan penyusuan badan kepada bayi mereka kesan dari nipple crack ini.

Setiap kali ingin menyusukan bayi, saya akan berbual-bual dengan bayi meminta bayi saya menyusu dengan betul dan sokongan dari suami juga sangat penting sebagai motivasi ibu-ibu untuk meneruskan proses penyusuan badan. Dakaplah isteri anda dikala mereka sakit ketika menyusukan bayi anda.. inshaAllah sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan sakit tersebut.

Journey menyusu saya juga masih jauh.. ketika ini bayi saya baru berumur 1 tahun 5 bulan dan saya juga ingin menyusukan bayi saya sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.

Harapan saya agar perkongsian saya ini dapat membantu ibu-ibu menyusu dan bakal ibu-ibu untuk memberikan susu badan buat bayi anda inshaAllah

Alma
Fb: Alma Waadan


Monday 4 December 2017

Merawat nipple crack

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam merawat masalah nipple crack... pastinya ibu2 menyusu tahu bagai mana sakitnya nipple crack ni.. bila bayi menyusu dalam keadaan ibu mengalami nipple crack pastinya tangisan dan jeritan ibu turut seiring bersama.. rasanya seperti hirisan pisau..

Itu yang saya alami.. lagi2 bayi saya mengalani pertumbuhan gigi yang sangat cepat dan banyak dalam satu masa.. rasa trauma setiap kali bayi ingin menyusu dan saya akan minta hubby sentiasa berada di samping saya untuk beri sokongan setiap kali bayi saya ingin menyusu..

Bayi saya pula jenis menolak menggunakan botol.. bermacam2 cara sudah kami gunakan...bayi saya tetap menolak botol.. end up sayĆ  mengalami nipple crack yang sangat teruk di kedua2 belah breast sehingga berdarah.. pedihnya tak tergambar.. menangis dan menjerit menjadi teman saya setiap kali bayi menyusu.. selawat dan tasbih setiap kali bayi menyusu sebagai motivasi saya sebab bayi saya perlukan susu dan saya perlu teruskan untuk.menyusukan bayi saya.

Hubby belikan saya medela lanolin 100 seperti di gambar.. tapi tetap tidak membantu saya..

Hasil dari google saya temui medela tender care lanolin.. saya beli dari ajasu  fb dia MyBreastpumpShop.. alhamdulillah dalam tempoh 2 hari luka tersebut bercantum kembali.. sgt menakjubkan..

 untuk kesan yang lebih selamat saya juga menggunakan medela threshells yang bertujuan untuk protect sore nipples selepas di sapukan cream medela tender care..


Salah satu asbab luka saya cepat sembuh juga adalah dengan pengambilan viramin c dan e yang konsistent.. saya amalkan vita c shaklee yang membantu meningkatkan sistem imun badan serta vita e shaklee bagi membantu penyembuhan luka dengan cepat..



Dengan penggunaan cream, vitamin dan threshells ini secara konsisten.. alhamdulillah saya dapat semula menyusukan bayi saya dengan baik..

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu2 di luar sana yang mengalami masalah seperti saya.. journey penyusuan memang menakjubkan dan membahagiakan tetapi terdapat juga perkara2 yang menguji kita.. harapnya hasil perkongsian ini akan menanbhkan lagi semangat ibu di luar sana untuk terus menyusukan bayi anda..

Untuk cream dan therashells boleh dapatkan dari aja dan untuk vita c dan vita e boleh juga dapatkan dari saya.

Fb: almawaadan